Thursday, August 13, 2009

TRANSFER FACTOR ADVANCED FORMULA






Dapat memberikan informasi kepada sistem imun untuk mengenali musuh-musuh di dalam badan seperti kuman, virus, bakteria, parasit dan juga sel-sel kanser. 1 kapsul TF mempunyai informasi maklumat rupa bentuk lebih dari 100 000 jenis patogen iaitu kuman, virus dan lain-lain gejala penceroboh pembawa penyakit. TF dapat merangsang sistem imun untuk menyerang musuh-musuh penceroboh tersebut. TF juga dapat menenangkan dan mengimbang kembali sistem imun apabila musuh2 telah berjaya diatasi menjadikan ia penawar utama untuk pelbagai masalah ancaman penyakit termasuk penyakit autoimmun. TF tiada kadar toksik dan selamat digunakan oleh Semua lapisan umur. (60kapsul,300mg/kapsul)

Thursday, July 30, 2009

Penyakit2 yang yang boleh disokong rawatannya menggunakan Transfer Factor


  1. Jangkitan virus

  2. Jangkitan parasit

  3. Barah Malignant/kanser

  4. Jangkitan mikobacteria

  5. Ketumbuhan/tumor

  6. Hypertension/Stroke

  7. Kanak-kanak autisma

  8. Sindrom parkinson

  9. Sakit Alzheimer (nyanyuk)

  10. SARS/JE/BIRD FLU

  11. Hepatitis A,B,C

  12. Demam denggi

  13. HIV/AIDS

  14. Jangkitan kulat/fungus

  15. Sakit Auto immune

  16. Jangkitan Bakteria

  17. Sakit saraf/Neuro

  18. Asthma

  19. Migrain

  20. Diabetes (kencing manis)

  21. SLE/lupus

  22. Sinusitis (resdung)

  23. Ulcer/gastric

  24. Anaemia

  25. Tonsilitis

  26. Reaksi alahan (allergic)

  27. Arthritis/gout

  28. Multiple sclerosis

  29. Tuberculosis (TB)

  30. Herpes zoster

  31. Fibromyalgia

  32. Eczema

  33. Lyme disease

  34. Diabetes type 1

  35. Heart disease (jantung)

  36. Pneumonia

  37. Obesity

  38. Thyroid

sumber: dr siti aniza

Wednesday, July 29, 2009

APAKAH TRANSFER FACTOR keluaran 4LIFE... inilah kisahnya

Sumber: Penerbitan 4life

Satu kisah yang akan mengubah segalanya


Kisah sistem imun ini adalah berbeza daripada apa yang pernah anda baca. Ia bukanlah satu kisah mengenai buah-buahan, sayur-sayuran, mahu pun vitamin, mineral atau herba. Ia adalah kisah mengenai sesuatu yang lebih bernilai untuk kesihatan sistem imun...satu kisah tentang molekul.
Anda bakal mengetahui keistimewaan produk-produk 4 life Transfer Factor di dalam memberi sokongan kepada sistem imun. Syarikat-syarikat lain telah melihat bagaimana 4life menghasilkan satu demi satu inovasi baru di dalam dunia sains sistem imun. Mereka cuba bersaing untuk menandingi kami. Namun, tiada satu pun yang berjaya. 4life transfer factor bukan hanya satu inovasi dan paten, tapi ia adalah produk yang terbaik buat sistem imun anda. Ia memberikan sokongan yang diperlukan apabila anda memerlukannya. Tetapi, sebelum itu, marilah kita mendalami mengapa anda memerlukannya.


Mengapa anda perlu menjaga sistem imun anda ?


Pernahkah anda melihat apa yang terjadi (biasanya dalam tempoh beberapa minit sahaja) kepada tubuh badan apabila sistem imun tidak lagi melindunginya daripada penceroboh dari luar? Kebanyakan ancaman yang menyerang system imun tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi ia member impak yang tidak dapat dibayangkan.
Sel-sel imun boleh didapati di seluruh badan kita termasuklah di kulit ,nodus limfa dan darah. Bermula daripada masalah-masalah ringan (luka di kulit) sehinggalah kepada masalah yang lebih besar (melawan kesan akibat radikal bebas), komunikasi dan koordinasi sel imun yang berkesan amat penting kepada kesihatan system imun.
Meskipun kini terdapat banyak produk di pasaran yang membekalkan nutrient untuk sel-sel imun, apa yang mereka perlukan (dan apa yang dibekalkan oleh 4life transfer factor) adalah pendidikan dan hala tuju.
Apabila sistem imun anda gigih bekerja, anda mampu bekerja dan bermain dengan lebih gigih. Akan tetapi, apabila fungsi sistem imun anda terganggu akibat tidak cukup tidur, mudarat sekitaran, diet yang kurang sihat, atau amalan gaya hidup yang dipenuhi stress, ia tidak dapat melaksanakan tugasnya.
Ada perlu menjaga system imun kerana ia akan menjaga diri anda.


Bagaimana rasanya untuk menjadi seorang yang sihat walafiat.


4life telah berbakti selama lebih sedekad untuk menghasilkan produk-produk yang menyokong fungsi sistem imun yang optimum. Kenapa? Kerana kami ingin semua orang , walau di mana jua mereka berada sedar betapa selesanya kehidupan jika sistem imun mereka berfungsi dengan sempurna. Di 4life, kami tidak berminat terhadap status quo... kami lebih berminat terhapa tahap kesihatan yang tidak ada tolok bandingmya, yang tidak dapat dicartakan dan tidak dapat dibayangkan sebelum ini. Misi produk kami- untuk menunjukkan kepada semua orang di seluruh dunia bagaimana rasanya untuk menajdi seorang yang sihat walafiat.
Jadi apakah kaitannya semua ini dengan molekul?


Penemuan sepanjang hayat


Kisah transfer factor kami bermula apabila ketua pegawai eksekutif 4life, David Lisonbee, membongkar satu paten bagi pengekstrakan transfer factor. Pada tahun 1949, seorang sintis telah membuat penemuan yang mengejutkan buat selama-lamanya. Sewaktu mengkaji tuberculosis, Dr H.Sherwoon Lawrence, seorang penyelidik terkemuka di New York University, mendapati bahawa salah satu rahsia kekuatan sistem imun boleh didapati secara semula jadi. Beliau mengenalpasti informasi berkenaan imun boleh dipindahkan daripa penderma kepada penerima (daripada sistem imun yang sihat kepada sistem imun yang memerlukan bantuan). Beliau menyedari wujudnya ‘factor’ tertentu yang melakukan pemindahan yang sebenar. Beliau menamakan molekul-molekul ini sebagai transfer factor. Penemuan david berhubung sains transfer factor beberapa dekad kemudian telah menghasilkan suatu revolusi di dalam produk sistem imun.


Permulaan transfer factor


Transfer factor dihasilkan oleh sistem imun untuk sistem imun. Pertama kali anda bertemu dengan transfer factor adalah pada awal kehidupan anda iaitu sewaktu anda dilahirkan. Ibu (manusia ataupun haiwan) akan memindahkan maklumat imun penting (yang dikumpul menerusi pengalaman sistem imunnya) kepada anaknya pada hari-hari awal kehidupan anak tersebut menerusi susu pertamanya (kolustrum). Pengetahuan inilah yang memberikan si anak pendidikan yang diperlukan untuk membina sejarah kekuatan imunnya sendiri. Perkara yang paling penting ialah pendidikan transfer factor.
‘Nilai terhebat yang ada pada transfer factor ialah keupayaannya untuk membantu mengoptimumkan sistem imun. Teknologi terkini telah menjadikan transfer factor lebih mampu dan mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja. Jagalah system imun anda dengan bantuan 4life transfer factor dan ia akan menjaga anda’ Calvin McCausland, PhD, ketua pegawai saintifik 4life.
Sumber transfer factor yang paling berkesan ialah kolustrum lembu dan kuning telur ayam.
Kolustrum merupakan susu pertama yang diberikan oleh ibu kepada bayinya yang baru lahir. Meskipun kolustrum itu sendiri mengandungi banyak blok pembina imun, kebanyakan daripadanya tidak dapat dipindahkan daripada seekor lembu kepada seorang manusia. Akan tetapi, transfer factor boleh dipindahkan. Disinilah kisah transfer factor menjadi semakin menarik. Tidak seperti antibody-antibodi yang terdapat di dalam kolustrum lembu atau kuning telur ayam, transfer factor tidak spesifik kepada sesuatu spesis. Apakah maksudnya? Ia bermaksud molekul-molekul transfer factor dan informasi yang terkandung di dalamnya, boleh dikongsi bersama. Sama ada pada lembu, ayam atau manusia, kuasa pendidikan transfer factor boleh merentasi satu sama lain.
Transfer factor ialah molekul utusan yang memindahkan informasi imun daripada satu sumber kepada sumber yang lain .


Molekul kecil... faedahnya besar.


Transfer factor mungkin bersaiz kecil tetapi kesannya amat besar. Bagi lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan transfer factor, adalah penting untuk mengetahui apa yang bukan transfer factor. Transfer factor bukanlah vitamin, mineral, herba ataupun buah-buahan.


Jadi.. apakah transfer factor


Transfer factor merupakan sebahagian daripada molekul-molekul paling unik di dalam tubuh badan anda. Ia mengangkut mesej-mesej penting kepada sel-sel imun di seluruh tubuh badan, membantu menangkis serangan dengan lebih gigih dan berkesan bagi menjamin kesejahteraan anda. Transfer factor membekalkan kecerdasan kepada sistem imun dalam tiga kaedah penting. Kami menamakannya sebagai tiga R:
Recognize (mengenal)
transfer factor membantu sel-sel imun mengenalpasti kuman penceroboh dengan lebih cepat
Respond( bertindak balas)
transfer factor membantu mempercepatkan tindak balas sistem imun terhadap penceroboh selepas ianya dikenalpasti
Remember (ingat)
transfer factor mengingati kuman-kuman tertentu yang ditemui oleh sistem imun.
Justeru, sekiranya kuman itu hadir sekali lagi, tubuh badan anda tahu apa jenis kuman itu dan apa yang perlu dilakukan.


4life melangkah ke hadapan


Apabila David Lisonbee terjumpa satu rujukan terpencil berhubung paten transfer factor, beliau tahu yang beliau telah menemui sesuatu yang luar biasa. Akan tetapi, pada masa itu , beliau tidak dapat membayangkan bagaimana transfer factor akan mengubah bidang sains imun.
David telah membuat kajian mengenai sistem imun dalam usahanya untuk mencari cara yang dapat menyokong kesihatan diri dan keluarga beliau dengan lebih baik lagi. Apabila david menemui paten untuk mengekstrak transfer factor dari kolustrum lembu, beliau menyedari bahawa molekul-molekul kecil ini berpotensi untuk membawa satu revolusi dalam industri suplemen semula jadi. Beliau memperkenalkannya kepada dunia menerusi produk pertama 4life; 4life transfer factor classic.


Bagi kebanyakan syarikat, tindakan membawa molekul transfer factor berkapsul ke pasaran mungkin satu inovasi yang sudah mencukupi, tetapi lain halnya di 4life. Kami baru sahaja memulakan legasi penyelidikan dan penemuan.
Setahun kemudian, kami telah menggabungkan transfer factor dengan lain-lain pembina imun yang poten bagi produk transfer factor plus yang pertama.
Kemudian, David lisponbee telah membuat hipotesis bahawa transfer factor juga terdapat di dalam kuning telur ayam dan meggalakkan jabatan penyelidikan dan pembangunan 4life untuk melakukan penyelidikan. Ternyata hipotesis beliau benar. Pada tahun 2002, kami mempatenkan pengekstrakan factor dari kuning telur ayam ( paten amerika syarikat # 6,468,543). Dengan paten kuning telur ayam, 4life mula memperkenalkan produk targeted transfer factor. Bersesuaian dengan namanya, produk-produk ini memfokus kepada kuasa 4life transfer factor dalam memberi manfaat kepada sistem tubuh badan yang tertentu. Sama ada untuk menyokong sistem kardiovaskular, sistem metabolic dan endokrin, kesihatan reproduktif lelaki atau wanita, ataupun otak, 4life mempunyai satu produk untuk anda:


1. 4life transfer factor cardio: menyokong kardiovaskular
2. 4life transfer factor glucoach: menyokong system metabolic dan endokrin
3. 4life transfer factor recall: menyokong otak dan system saraf
4. 4life transfer factor Belle Vie: menyokong payudara dan system reproduktif wanita
5. 4life transfer factor cardio Male pro: menyokong prostat lelaki


Kami terus mengorak langkah. Pada tahun 2004, 4life melancarkan beberapa produk yang mengandungi transfer factor E-XF, satu formulasi yang menggabungkan transfer factor dari sumber kolustrum lembu dan kuning telur ayam bagi mempertingkatkan keberkesanannya. Dan pada tahun 2005, 4life mendapat satu paten eksklusif yang melindungi keunikan prosespengekstrakan yang digunakan untuk menggabungkan transfer factor kolustrum lembu dan kuning telur ayam (paten amerika syarikat #6,866,868) Bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi? Kami juga telah menstabilkan transfer factor dalam cecair untuk satu lagi inovasi yang luar biasa, 4life transfer factor rioVida. Ia merupakan sejenis jus minuman yang mengandungi buah-buahan yang kaya dengan bahan antioksida ( acai, delima, beri biru) dan sokongan 4life transfer factor.


Apabila anda menjadi rakan kongsi 4life anda mendapat sokongan ekslusif paten-paten Amerika Syarikat. Setiap hari, jabatan penyelidikan dan pembangunan kami yang terdiri daripada saintis dan lembaga professional kesihatan yang bertauliah mencari kaedah-kaedah inovatif bagi menyokong kesihatan tubuh menerusi system imun. Malah, apabila ia berkaitan dengan sains Transferceutical- molekul molekul yang memindahkan pengetahuan imun, memori dan kebijaksanaan daripada satu sumber kepada sumber yang lain- 4life ialah pencipta kategori bona fide.


4life menghasilkan produk nano


Pada tahun 2007, 4life mencatatkan satu lagi kejayaan besar melalui sains transferceutical. 4life memperkenalkan nano factor. Selepas mengasingkan molekul-molekul ini daripada kolustrum lembu, para saintis 4life mengesahkan yang ianya membekalkan faedah yang luar biasa terhadap sistem imun. Menerusi satu proses penurasan ekslusif yang patennya masih dip roses, 4life telah memperolehi nano factor. Proses ini menggunakan penuras nano bagi mengasingkan molekul-molekul yang lebih besar seperti antibody dan meninggalkan molekul-molekul yang kecil dan ringan iaitu nanofactor. Nano factor membantu mengawal suis buka dan tutup, memastikan system imun anda bertindakbalas seperti yang sepatutnya.
Tri-factor formula
4life telah menggabungkan NanoFactor dengan 4life Transfer Factor yang telah diuji kekuatannya untuk mencipta produk-produk 4life Transfer Factor Tri-Factor Formula.
Apabila tubuh anda bertemu dengan penceroboh, 4life Transfer Factor membekalkan kebijaksanaannya untuk mengenal pasti masalah dan menangani masalah tersebut. Nanofactor membantu system imun anda memperhalusi tindak balas, menghantar sel-sel imun ke beberapa lokasi berbeza do seluruh tubuh dan memanggil mereka kembali selepas mereka tidak lagi diperlukan. Produk-produk 4life transfer Factor Formula mengandungi kebijaksanaan 4life Transfer Factor dan gerak hati NanoFactor.


Tiga produk 4life yang unik, mujarab dan terbukti secara saintifik (Tri-Factor Trifecta)
1. 4life Transfer Factor Plus Trifactor Formula
Ini ialah produk paling utama yang paling maju dalam sokongan system imun,dengan peningkatan sebanhyak 437 % dalam keupayaan untuk meningkatkan system imun. Ia menggabungkan kombinasi eksklusif Transfer Factor dari kolustrum lembu dan kuning telur ayam (transfer factor E-XF) dengan kekuatan Nano Factor yang eksklusif.Adunan Cordyvant milik kami memberikan ramuan tambahan yang meningkatkan imun untuk member khasiat, memperkuat dan mengaktifkan tindak balas imun yang sedia ada di dalam tubuh badan.

2. 4life Transfer Factor Trifactor Formula
Di dapati meningkatkan tindak balas imun sebanyak 283%. Formula ini membekalkan gabungan kuasa Transfer Factor E-XF dan nano Facotr.

3. 4life Transfer Factor RioVida Trifactor Formula
RioVida adalah satu-satunya minuman transfer factor di dunia. Ia diadun dari jus buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida termasuk acai, pomegranate, beri biru, elder beri dan anggur ungu.


Ujian dan pengesahan


Para saintis di seluruh dunia telah membuktikan keberkesanan molekul-molekul transfer factor berdasarkan ribuan kajian yang telah di jalankan. Untuk memahami betapa luar biasanya 4life Transfer Factor trifactor formula, para saintis 4life telah memasuki makmal . Kajian telah membuktikan tri-Factor Formula dapat menigkatkan aktiviti-aktiviti sel-sel Natural Killer (NK) atau pembunuh semula jadi , sehingga 283% apabila tubuh badan anda memerlukannya. Apabila kami menggabungkan TriFactor Formula dengan pembina imun poten yang lain, penigkatannya adalah 437%.


Sel-Sel NK adalah sel-sel imun di barisan pertahanan hadapan yang tugasnya adalah menyingkirkan ancaman. Apabila anda meningkatkan aktiviti sel NK, anda meningkatkan keupayaan tubuh badam untuk bertindak terhadap ancaman luar. Sel-sel NK yang berkerja lebih keras akan menyebabkan system imun untuk bertindak dengan lebih pantas dan berkesan.


Kajian dalaman terbaru telah membuktikan bahawa TriFactor Formula ,berganding dengan Nano Factor , membekalkan sokongan yang seimbang. Apabila system imun member amaran palsu, menyebabkan sel-sel imun T bertindak secara berlebihan, Tri Factor formula mampu menenangkan mereka kembali mengikut keperluan tubuh badan, dan seterusnya mengembalikan kesiahtan anda ke tahap optimum.

Monday, June 29, 2009

MENGUATKAN SISTEM IMMUN DENGAN TRANSFER FACTOR






Tansfer factor adalah produk kesihatan keluaran syarikat 4life, Utah USA. 4Life® Komited untuk menjadi pelopor yang utama dalam membuat kajian dan membangunkan produk sistem imunisasi, dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan berinovasi tinggi, melaui Sains Transferceutical™ Science.


Produk 4Life Transferceutical™ adalah unik, di Patenkan dan menjadi pelopor dalam menghasilkan produk imunisasi yang membantu menigkatkan tahap ketahanan tubuh sehingga 437% berbanding produk lain di dalam pasaran.

Transfer Factor merupakan molekul "Penghantar Maklumat" atau "Pendidik Sistem Imun" yang unik. Ia menyimpan maklumat dan menyampaikan kepada sel-sel imun dalam badan untuk menentang lebih dari 100 000 jenis serangan virus,kulat,parasit,bakteria serta sel-sel rosak dalam tubuh.

Lebih daripada 3,500 laporan sains dan ujian klinikal oleh para saintis seluruh dunia, menjadikan Transfer Factor produk yang paling eksklusif. TF telah disenaraikan dalam "Physicians Desk Reference" yang digunakan para Doktor sebagai rujukan perubatan.
“Belum pernah di jumpa sebarang herba atau produk pemakanan kesihatan yang mempunyai kekuatan dalam merangsang & meningkatkan daya imun seperti Transfer Factor!" - Dr Darryl See(Associate Clinical Professor W.H.O)

Thursday, April 23, 2009

kenali immune system manusia

Innate immune system terdiri daripada sel-sel darah putih seperti monocyte & macrophages , neutrophil, esosinophil, basophils , sel mast dan sel NK (Natural killer cells) dan protein –protein seperti complement, cytokines, lysozyme, interferon, dan acute phase protein. Mereka akan menjadi penghalang pertama bagi kemasukan kuman-kuman termasuklah dengan dibantu oleh mekanisma penghalang kemasukan yang lain seperti kulit, mukus membran, mekanisme batuk dan sebagainya. Mereka akan menyerang segala bendasing tanpa mengira jenis. Jika bendasing dapat mengatasi segala halangan ini, sistem pertahanan seterusnya iaitu adaptive immune system akan bertindak.

Adaptive immune system juga terdiri daripada sel-sel darah putih dan serum protein, tetapi berlainan jenis daripada innate system. Ia terdiri daripada sel-sel lymphocyte B, lymphocyte T dan sel plasma. Manakala serum protein yang bertindak pula adalah antibody dan cytokines.

Tindakan innate immune system dan adaptive immune system seringkali bertindan. Organisma tertentu akan ditentang oleh sel-sel yang tertentu. Tindakan ini adalah sangat unik dan yang maha agung sahaja yang amat mengetahui tentangnya. Serangan Virus akan ditentang oleh sel-sel lymphocyte, sel NK manakala bakteria selalalunya akan dimakan (phagocytosis) oleh sel-sel fagosit yang lain (neutrophil, macrophages dan lain-lain). Spesis parasit seperti cacing pula akan ditentang oleh sel eosinophil. Antibody pula akan bertindak mengikut penghkususan, iaitu mesti dirangsang dahulu ataupun dikenalkan dahulu dengan kuman-kuman tertentu (sensitize) ,kemudian antibodi akan dihasilkan. Bila terdapat kemasukan bendasing yang sama dengan yang telah dirangsang dahulu, mereka akan bertindak menghapuskan kuman tersebut dengan bantuan protein yang dinamakan complement. Konsep ini diguna pakai dalam penciptaan vaksin.

Siapakah yang akan menyerang sel-sel kanser ?. Setiap manusia terdedah dengan kanser disebabkan oleh cara hidup, amalan pemakanan, pencemaran , bahan kimia dan sebagainya. Tetapi tidak semua orang mendapat kanser walaupun mempunyai risiko yang sama. Ini kerana kekuatan sistem immun yang mereka ada. Sel-sel kanser sebenarnya dilawan oleh sel NK, lymphocyte dan mungkin juga macrophages. Tetapi yang paling berperanan adalah sel-sel NK, yang mana mereka akan membunuh secara terus dan kamikaze ( sel-sel NK akan mati bersama –sama bendasing/sel kanser tersebut).


Bagaimanakah mahu menguatkan system pertahanan badan ?

Monday, April 13, 2009

Mengenali sistem immun badan manusia...

Badan manusia terdedah kepada jangkitan setiap masa, seperti virus, bakteria, protozoa, parasit dan sebagainya. Respon sistem immun manusia mestilah berbeza-beza kerana organisma berlainan akan bertindak dengan cara berlainan dan mereka juga mempunyai kepandaian untuk mengelak daripada dimusnahkan oleh ubat-ubatan dan sistem immun badan.
Immuniti adalah keadaan seseorang yang terhalang daripada mendapat penyakit.
Sistem pertahanan badan manusia terdiri daripada innate sistem (Respon awal yang tidak spesifik) dan adaptive sistem (Respon lanjutan yang lebih spesifik)....... to be continue...

Nikmat kesihatan

Nikmat kesihatan selalunya tidak disedari sehinggalah seseorang jatuh sakit. Penciptaan yang maha agung adalah sangat unik, manusia dijadikan lengkap dengan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Ubat sebenarnya hanyalah membantu, tetapi pada hakikatnya badan kita sendiri yang menyembuhkannya. Bila sistem immun badan tidak dapat menjalankan tugas, kesihatan badan akan terjejas. Jadi... amat penting untuk menguatkan sistem immun untuk melawan segala jenis penyakit.